si cOmEL & si hEnsEm

Thursday, February 28, 2019

Rezeki

Assalamualaikum.. Selamat Pagi semua.

Kita bercerita pasal rezeki sikit pagi ni.

Rezeki ni datang dalam pelbagai bentuk. Sama ada dari segi kewangan, rezeki kesihatan yang baik, rezeki dapat anak, macam-macam bentuk la rezeki ni.

Yang penting, kita percaya rezeki tu datangnya dari Allah..

Sometime mesti kita terfikir, kenapa aku tak kaya macam orang lain. Kenapa orang tu berjaya, kenapa aku tak?? Mesti ada yang fikir macam ni kan?

Aku sendiri pun fikir macam ni jugak. Tapi kadang cepat-cepat sedarkan diri. Muhasabah diri.

'Aku tak kaya dengan duit, tapi Allah bagi aku rezeki yang lain'.

Sebagai contoh, ada suami yang baik, anak yang baik, kesihatan yang baik. Tu pun dah di kira rezeki..

Rezeki yang lain tu ada cuma mungkin belum masa Allah nak bagi dekat kita. Jadi sentiasa la berdoa. Jangan mudah putus asa dan sentiasa bersangka baik dengan Allah..

Macam aku sendiri, bila dah nak dekat hujung bulan, bajet memang dah berlari-lari.. Biasa la kan. Tapi tiba-tiba ada orang order brownies. Alhamdulillah.. Allah bagi rezeki. Allah tahu bila kita memerlukan.

So korang kena, wajib bersangka baik dengan Allah..

Ada sebabnya kenapa Allah tak bagi apa yang kita nak.. Dan Allah tahu bila kita dah ready untuk terima sesuatu yang Dia berikan..

Ok...tu sharing untuk hari ni.. 😊


No comments: