si cOmEL & si hEnsEm

Thursday, February 28, 2019

Brownies Cookies

Hi uols...

Hari ni aku siapkan tempahan brownies untuk customer. Aku jual brownies tau.. Hihi..

Dah alang-alang tu, buat brownies cookies untuk kudap-kudap.. Hihihi..

Dah lama tak buat brownies cookies ni. Bukan apa, kadang buat, kedut tak jadi. Macam tak comel pulak bila tak berkedut.. Tu yang malas nak buat.. Hihihi..

Resepi pun ambil dari blog juga.. Klik SINI untuk resepi.. Aku suka derhaka resepi. Hahaha.. Ada yang aku kurangkan, ada yang aku lebihkan. Korang pandai-pandai la.. Ikut sebijik-sebijik pun dah ok..

Atau pun korang boleh ikut resepi Azlina Ina. Boleh search je kat facebook..

Bawah ni gambar brownies cookies yang dah siap tadi...



Comel-comel kan cookies ni. Hihihi.. Korang try la buat.. Tak susah pun.. Tapi kalau buat, kena banyak-banyak sebab, sekali hadap je boleh habis ni.. Hahahaha...

Ok guys.. See you again.. 😉

Rezeki

Assalamualaikum.. Selamat Pagi semua.

Kita bercerita pasal rezeki sikit pagi ni.

Rezeki ni datang dalam pelbagai bentuk. Sama ada dari segi kewangan, rezeki kesihatan yang baik, rezeki dapat anak, macam-macam bentuk la rezeki ni.

Yang penting, kita percaya rezeki tu datangnya dari Allah..

Sometime mesti kita terfikir, kenapa aku tak kaya macam orang lain. Kenapa orang tu berjaya, kenapa aku tak?? Mesti ada yang fikir macam ni kan?

Aku sendiri pun fikir macam ni jugak. Tapi kadang cepat-cepat sedarkan diri. Muhasabah diri.

'Aku tak kaya dengan duit, tapi Allah bagi aku rezeki yang lain'.

Sebagai contoh, ada suami yang baik, anak yang baik, kesihatan yang baik. Tu pun dah di kira rezeki..

Rezeki yang lain tu ada cuma mungkin belum masa Allah nak bagi dekat kita. Jadi sentiasa la berdoa. Jangan mudah putus asa dan sentiasa bersangka baik dengan Allah..

Macam aku sendiri, bila dah nak dekat hujung bulan, bajet memang dah berlari-lari.. Biasa la kan. Tapi tiba-tiba ada orang order brownies. Alhamdulillah.. Allah bagi rezeki. Allah tahu bila kita memerlukan.

So korang kena, wajib bersangka baik dengan Allah..

Ada sebabnya kenapa Allah tak bagi apa yang kita nak.. Dan Allah tahu bila kita dah ready untuk terima sesuatu yang Dia berikan..

Ok...tu sharing untuk hari ni.. 😊


Wednesday, February 27, 2019

I'm Back!!!

Assalamualaikum.. Hi guys..

Korang apa kabar???

Last update blog ni 2016.. sekarang dah 2019.. hahahah.. almost 3 years blog ni sendu.

Sorry guys.. Mood nak berblogging sekarang dah ke laut dalam... Karam agaknya.. 😅

Tapi aku akan cuba aktif blogging semula.. cuba ja ok.. Kalau sendu jugak, hmm... Masalah dari aku sendiri la tu.. hihihi..

Boleh la aku share tips2 ke, share benda yang aku jual ke kan..



Ok la.. Stay tune!!!

rajin nanti aku jejalan blog korang k!!

Bye!